Showing posts with label am. Show all posts
Showing posts with label am. Show all posts
Tuesday, March 11, 2008
Angkasawan Dan Stigma
Lama dah Dr Muzaffar turun ke bumi lepas menjelajah ISS lebih kurang 10 hari. Kejayaan Malaysia menghantar wakil mmg patut dibanggakan. Walaupun misi ini bukanlah untuk Malaysia, kejayaan sebenarnya ialah mengubah stigma dan paradigma kita semua umumnya kanak-kanak. Semalam saya saja main2 ngan anak-anak saya, sambil bergurau saya cakap kat anaksaya yang no 2 tu. "Nanti adik besar jadi angkasawan yer.. buleh naik ke angkasa pas tuu p bulan".Saya tahu mmg dia tak paham pun, apa itu angkasawan, angkasa yang dia tau bulan jer. Eke eke.. nie bukan nak promote politician... perkataan sensitif tu... Ye lah. Lepas jer cakap cam tuu.. Perkataaan angkasawan tuu terus lekat kat bibir dia... "Adik nak jadi angka-kawan".. kelakar betul angkasawan jadi angka-kawan. Kat semua orng dia cakap nak jadi angkasawan. Kat mama dia, kat along, kat opah.. Disebalik kelakar tuu saya terpikir lak, itulah sebenarnya kejayaan Malaysia yang sebenarnya. Kalau nak dikira projek saintis tu, mungkin bukan semua mendapat manfaatnya. Tapi kejayaan mengubah minda manusia itu lebih besar ertinya. Saya tak mengharapkan kejayaan manusia ke bulan, sbb kejayaan dibumi pun belum manusia jelajahi. Tapi itu bukan satu kesalahan. Ilmu itu di mana2. Bagi seorang bapa seperti saya, adalah amat gembira kalau sesuatu kejayaan dicapai oleh anak2, walaupun proses yang biasa seperti boleh berjalan apatah lagi bercakap. Berbalik kisah angkasawan tadi, kalau dulu saya masa darjah satu dulu nak jadi askar, pilihan kedua nak jadi polis. Pada tahun 80an, yang paling hebat pun nak jadi jurutera. Itu pun saya tak tau apa itu jurutera. Ada satu kawan saya, cita-cita nak jadi kerajaan pun ada. Mungkin kanak-kanak masa tu belum terdedah pada satu pembaharuan. Alhamdullillah, paradigma yang sentiasa berubah pada perenggan usia, sehinggalah muncul angkasawan malaysia.
Monday, March 3, 2008
Ikan Bakaq
Hari minggu yang ceria. Ehem... dari bulan lepas lagi kami jiran2 sepakat nak buat satu acara barbekue. Tarikh sebenarnya 8 Mac nanti. Nak ikut tu masa ari ngundi larr.. rilek2 sambil tungu result PRU12. Tapi nampak gayanya terpaksa di awalkan sebb saya ngn family nak kena hadiri perkahwinan abng ipar. So saya mintak semua cepatkan ke tarikh semalam 2 hb. semua orng setuju. Alhamdullilah. Itu yang best jiran2 saya ni.. sporting habis. Cam biasa ahli kami, Abg Zul, Pak cik Omaq, Pakcik Mat Not dan En Razak sama2 bahagikan tugas. Tugas saya cari bahan untuk dibakar. Yang senang dan mudah ikan je jawab nya. Antara yang saya shopping ari tu, ikan siakap,ikan gerut,ikan kembong,udang,sotong dan mentarang. Semua sekali baru RM150. dah lepas beli tuu, sampai je kat rumah dia orng dah tunggu utk proses cuci. Abg Zul, Razak ngn pak cik mat not proses ikan sampai bersih. Pas tuu perap ikan dalam peti ais. Kari lak Mak ngah yang sediakan. Menu utama mestilah ikan bakar, kari tuu buat kuah jer. Supplement cam sambal, ulam, agar-2 pakat bawak. Nasi pun sama. Selalunya macam nie la.. pakat2 bawak ala ala port luck he he... orang2 lama nie masak sedap macam mak masak, mmg bukak selera. Saya sediakan tempat jer.. memandang kan rumah cendawan belum digunakan lagi. Kita orang standby kat tepi tuu jer incase kalau hujan pakat2 masuk bangsal tuu la. Tapi alhamdullilah, cuaca malam tuu baik tak mcm malam2 lepas.. hujan dari petang sampai pagi. Kul 8 cam tuu pakcik dah start buat bara api. Kat 8 kilo arang jugak kena burn.Sampai part bakar, mula2 ikan besaq dulu, sbb nanti lambat masak pulak. Pas tuu sotong, udang dan mentarang. Pernah makan mentarang tak? mentarang tuu siput laut. Sedap!!! betul . Isi dia manis. Banyak jugak kami bakar semalam. Paling saya suka ikan kembung tu. Amboi ratah sakan. Ingatkan ada lebih. Eke eke.. rupanya ngam2 badget saya. Seronok tengok semua orng happy sambil layan makan. Anak2 saya jgn cakap ler. Dari preparation sampai last tak abis2 buat kacau. Letih mengepung sama banyak dengan bakar ikan. Lebih kurang kul 10.30 mlm, semua gotong royong cuci tempat. Thanks bebanyak kat semua jiran saya, kerana sama memberi komitmen menjayakan acara yang tak seberapa ini. Harap nanti2 buleh konduct lagi.. he he
Tuesday, February 26, 2008
Lawatan Ke Ladang Sayur Mega Samudera
Ehem... hujung lepas ari Ahad saya berkesempatan membuat lawatan ke ladang sayur kepunyaan En. Zero Kredit ( En. Saiful). Perancangan awal, sepatutnya kami datang lebih awal seminggu tapi partner saya ader prob lak. So minggu ni, saya tak leh lagi buang peluang ke emasan ni lagi. Kami bukan berdua jer.. tapi ngn tentera saya yang dua orng tu sekali Ajai ngn Afiq. Biasalah kalau dah bawak bebudak nie paham2 jer laaa.. mesti tak larat nak kepong. Kei lah... janji temu kami kul 11, so lepas jumpa di pekan kodiang kami terus ke ladang sayur yang terletak kat bt 5 jalan kodiang-Changloon. Sampai ke destinasi, terkejut jugak saya.. besaq jugak kawasan perusahan Tuan Zero Kredit kita. Kawasan dia pun bukan payah sangat ke sana, sbb dekat jugak ngan jalan besar. Tapi tanpa panduan mau mencari jugak, nasib lar Saiful bermurah hati amik kami kat pekan kodiang sama-sama jalan ke ladang. Baiklah, cerita pasal ladang dia, projek dia dah nak masuk ke Fasa 2. Menurut Saiful, kawasan tuu tinggal nak buat pagar dan masuk kan benih jer. Untuk fasa 1, dah ada 24 batas sepanjang 20 meter tiap satu. Dan semua batas ini di isi dengan kangkung, kailan,sawi ( ada mcm2 jenis),kacang panjang,bayam,bendi dan ada benih cili yang dah dua bulan usia.Oleh sbb kerja di ladang makin bertambah, so belum sempat lagi nak di usahakan. Saya kagum tengk keberanian Saiful sebenarnya. Dia baru dlm bidang ni tapi berani membuat satu pelaburan yang besar. Ini yang di namakan business man. Pertanian tanpa perniagaan, itu namanya pertanian untk makan, bukan cari makan. Managment dia pun nampak kemas dengan adanya supporting dan plan marketing yang baik. Saya nak ucapkan beribu-2 terima kasih yang tak terhingga utk tips2 yang berguna, dari membuat saliran sampai ke marketing. Sebagai contoh utk dikongsi, teknik mendapatkan aliran tunai dngn cepat dgn menanam sayuran yang mempunyai kitaran yang cepat. Sebelum ni pun saya tak tahu kangkung tu ader banyak jenis. Kreativiti pun penting jugak dlm pertaniaan ni. Itu yang saya nampak apa Saiful buat. Penggunaan benih dari jenis sayuran yang baik dan tepat menguntungkan dari segi berat dan saiz sayuran. Oleh sebb itu input sebelum membuat perniaggan sangat penting. Info yang meluas banyak menbantu. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih sekali lagi utk Tuan Zero Kredit kita. Tak banyak gambar saya amik ari tuu.. ader skit-2 utk di kongsi.
Monday, February 11, 2008
Asyura
Nampak gaya.. cuti saya banyak betul aktiviti luaran. Salah satunya yang ni kacau Bubur Asyura. Nie aktiviti tahunan kami jiran-jiran kat sini. Cam biasa yang amik bahagian mesti larr keluarga Pakcik Omaq ( Tekong) , Abng Zul, En. Razak, Abng Di,Pak cik mat not dan saya. Kami semua sepakat nak buat gotong royong ni alar kadar jerr... Majlis kami ni simple jerr ader minum pagi dan makan tgh hari. Kerja kerja planning selalu serah kat otai2 cam Pakcik Omaq, bahagian siang menyiang geng pompuan dan kacau sampai nak terbalik kawah geng pelapis cam saya dan razak. he he... yang best nya kalau himpun ramai2 ni.. ader jerr cerita2, teka teki yang mmg tak putus air liur sampai bederai ayaq mata. Ye la kan.. nak kacau bubur 5 jam tanpa hiburan siksa gak tuu. Kami start kayuh dari pukul 9pagi sampai kul 2 petang... kalau sedap tuu saya lerr yang kacau. he he... cam mana pun aktiviti pakatan cam ni mmg best lar.. usik mngusik tuu biasa la... Rasa saya bertuah sangat ada jiran yang baik2. Penat jugak petang tu.. Satu talam utk yang bahagian saya dua ari jerr settle kami anak beranak makan.. he he..
kaum hawa tgh sediakan bahan2
geng adam kerja kacau ..otai plan
lelaki makan tgh hari dulu kaum hawa jaga kawah

giliran depa makan pulak...
semua 6 talam utk 6 peserta
Abg zul memperagakan udang galah (sponsor by kak rita) utk hidangan tgh hari dah jadi lauk pun udang galah tadi...
Lawatan Ke Abi Agro
Pada 6hb Feb yang lepas saya bersama sorang lagi rakan kerja En. Nazri berkesempatan melawat sambil belajar ke Abi Agro yang mana pengurusnya En. Mohd Ashraf. Kunjungan kami sebenarnya ingin melihat lebih dekat lagi tanaman fertigasi yang beliau usahakan .Oleh kerana beliau sekarang terbabit dalam penanaman Rock Melon secara fertigasi di Jabatan Pertaniaan Bukit Temiang, kami diajak kelokasi tersebut untuk melihat sendiri tanaman beliau. Untuk butiran lanjut boleh le ke : http://mohdashraf.com/v1/?p=114
Saya amat kagum dengan kesungguhan beliau. Banyak jugak nasihat yang berguna untuk memajukan diri dalam industri ni, terutama cendawan. Thanks En. Ashraf. Saya tak balik tangan kosong hari tu.
Saya amat kagum dengan kesungguhan beliau. Banyak jugak nasihat yang berguna untuk memajukan diri dalam industri ni, terutama cendawan. Thanks En. Ashraf. Saya tak balik tangan kosong hari tu.
Thursday, January 31, 2008
Harga Susu Naik Lagi
Sajer nak share tekanan dengan kawan2. Dua hari lepas saya g le shopping grocery utk keluarga saya. Sambil tuu kena top up susu anak laa... terkejut lagi saya di buatnya.. harga susu naik lagi!! Mmmg bengang betul. Dalam 5 bulan ni.. dah 4 kali naik!! bukan singgit dua!! sampai 5 hinggit lebih sekali naik!! Yang mula-mula tuu saya tak simpan tin nyer.. kalau tak leh tunjukan sekali. Bulan lepas skit punya payah nak dapat stok susu anak!! pergi jer supermarket, habis!! at last saya jumpa kat kedai runcit!! Alhamdullilah!! May be dia orng main sorok2 stok!! Dah tau harga nak naik!! Yang gambar first saya beli 3 bulan lepas, 2nd bulan lepas... yang last dua hari lepas... Yang mula tuu masa tepung naik harga.. ok kita accept lagi... yang kedua dan ketiga tuu tak tau sebab.. mmg pengguna kena main betul!! senang2 naik harga... Saya rasa ramai lagi mak bapak lain pun akan rasa benda sama... kos naik!! gaji macam tu jugak!! Tapi saya ader tgk keluaran product Nes*le nie semua harga dia naik.. kalau d*ch L*dy ke yang lain tak der pun!! Price nie utk yang 1.8 kg nyer... mcm2 taktik business diorng ni,, mula2 harga tak turun tapi qty dari 2 kg ke 1.8 pastu buat cam ni lakkk.......
Ntah lerr... yang bagus sekarang lampin pakai bunag banyak yang turun harga... !! macam dr*per dapat larr dalam RM33.90 cam tuu dari harga dulu RM 38 ke RM35... banyak beza kalau belian 2-3 paket!
Sajer jerr nak kongsi.. kalau tak kongsi duk geram sorang2...
Ntah lerr... yang bagus sekarang lampin pakai bunag banyak yang turun harga... !! macam dr*per dapat larr dalam RM33.90 cam tuu dari harga dulu RM 38 ke RM35... banyak beza kalau belian 2-3 paket!
Sajer jerr nak kongsi.. kalau tak kongsi duk geram sorang2...
Wednesday, January 23, 2008
Happy Birthday To Me...
He he.. ari nie ari jadi saya,,, yang ke .... he he,, ader satu gambar surprised celebrate.. kawan2 kat opis yang buat... selalu ari jadi pakat2 sambut... tuu yang best keja sini tuu. Moga tahun nie saya lebih berjaya... amin!!
Tuesday, January 15, 2008
Indahnya Sekitar Jalan Balik
Semalam baru perasan kenapa laa saya suka pilih jalan sawah untuk balik ke rumah dari tempat kerja... rupanya-rupanya sekita jalan tu mmg cantik pun... luas mata memandang.. ada sungai, padi yang ke-emasan dan lalang dimain angin. Angin mmg sedap... kalau utara cakap angin timur lar ni... Sejuk kering... kalau dulu orang dah pasang teraju untuk naik kan wau dah... tapi nampaknya sekarang sukan rakyat tuu dah semakin dilupai... kalau tanya kanak2 sekarang berapa teraju wau bulan pun may be ader yang tak tau nak habaq.. keii la nie larr gambar laluan saya... dah lama saya ikut jalan ni... tapi semalam baru saya sedar kenapa saya suka jalan ni... quality jalan tak laa elok sangat... may be sbb banyak jentera berat duk lalu situ... keii zasss... layan.!!
Wednesday, January 2, 2008
Perasmian Blog
Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim... saya nak rasmikan blog nie dulu...
Macam mana saya bermula dengan bidang nie pun saya tak tahu.. tapi besar kemungkinan setelah membaca banyak blog-blog berkaitan dengan Agro hati saya tergerak untuk melakukan sesuatu seumpamanya. Thanks kepada bakal sifu saya... Ms. Fatisha... kerana menerima penyertaan saya untuk kursus yang akan diadakan pada 5-6 Jan 2008... Saya tetap akan cuba hadiri kelas nie untuk menambah ilmu saya dalam bidang Penanaman Cendawan. Walaupun kursus yang diadakan jauh nun di Kajang. Nie List nama yang akan attend sekali:
Saya orang ke 26 tuu... Saya harap ini first step untuk menjengah ke dunia mushroom. Kalau nak tau lebih lanjut p lar sini:
http://siswazah-tani.blogspot.com/
Segala persiapan telah di buat.. Cuma cuti jerr yang belum apply. Actually company still lagi shutdown. Cuti tahun baru panjang.. dari 28 Dec 07 ~ 3 Jan 08.. So dah cuti panjang kalau tak der aktiviti mau jadi ular sawa... So nanti saya tunjuk apa yang saya buat sepanjang cuti ni...
Macam mana saya bermula dengan bidang nie pun saya tak tahu.. tapi besar kemungkinan setelah membaca banyak blog-blog berkaitan dengan Agro hati saya tergerak untuk melakukan sesuatu seumpamanya. Thanks kepada bakal sifu saya... Ms. Fatisha... kerana menerima penyertaan saya untuk kursus yang akan diadakan pada 5-6 Jan 2008... Saya tetap akan cuba hadiri kelas nie untuk menambah ilmu saya dalam bidang Penanaman Cendawan. Walaupun kursus yang diadakan jauh nun di Kajang. Nie List nama yang akan attend sekali:
Saya orang ke 26 tuu... Saya harap ini first step untuk menjengah ke dunia mushroom. Kalau nak tau lebih lanjut p lar sini:
http://siswazah-tani.blogspot.com/
Segala persiapan telah di buat.. Cuma cuti jerr yang belum apply. Actually company still lagi shutdown. Cuti tahun baru panjang.. dari 28 Dec 07 ~ 3 Jan 08.. So dah cuti panjang kalau tak der aktiviti mau jadi ular sawa... So nanti saya tunjuk apa yang saya buat sepanjang cuti ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)




