Tuesday, February 26, 2008

Lawatan Ke Ladang Sayur Mega Samudera

Ehem... hujung lepas ari Ahad saya berkesempatan membuat lawatan ke ladang sayur kepunyaan En. Zero Kredit ( En. Saiful). Perancangan awal, sepatutnya kami datang lebih awal seminggu tapi partner saya ader prob lak. So minggu ni, saya tak leh lagi buang peluang ke emasan ni lagi. Kami bukan berdua jer.. tapi ngn tentera saya yang dua orng tu sekali Ajai ngn Afiq. Biasalah kalau dah bawak bebudak nie paham2 jer laaa.. mesti tak larat nak kepong. Kei lah... janji temu kami kul 11, so lepas jumpa di pekan kodiang kami terus ke ladang sayur yang terletak kat bt 5 jalan kodiang-Changloon. Sampai ke destinasi, terkejut jugak saya.. besaq jugak kawasan perusahan Tuan Zero Kredit kita. Kawasan dia pun bukan payah sangat ke sana, sbb dekat jugak ngan jalan besar. Tapi tanpa panduan mau mencari jugak, nasib lar Saiful bermurah hati amik kami kat pekan kodiang sama-sama jalan ke ladang. Baiklah, cerita pasal ladang dia, projek dia dah nak masuk ke Fasa 2. Menurut Saiful, kawasan tuu tinggal nak buat pagar dan masuk kan benih jer. Untuk fasa 1, dah ada 24 batas sepanjang 20 meter tiap satu. Dan semua batas ini di isi dengan kangkung, kailan,sawi ( ada mcm2 jenis),kacang panjang,bayam,bendi dan ada benih cili yang dah dua bulan usia.Oleh sbb kerja di ladang makin bertambah, so belum sempat lagi nak di usahakan. Saya kagum tengk keberanian Saiful sebenarnya. Dia baru dlm bidang ni tapi berani membuat satu pelaburan yang besar. Ini yang di namakan business man. Pertanian tanpa perniagaan, itu namanya pertanian untk makan, bukan cari makan. Managment dia pun nampak kemas dengan adanya supporting dan plan marketing yang baik. Saya nak ucapkan beribu-2 terima kasih yang tak terhingga utk tips2 yang berguna, dari membuat saliran sampai ke marketing. Sebagai contoh utk dikongsi, teknik mendapatkan aliran tunai dngn cepat dgn menanam sayuran yang mempunyai kitaran yang cepat. Sebelum ni pun saya tak tahu kangkung tu ader banyak jenis. Kreativiti pun penting jugak dlm pertaniaan ni. Itu yang saya nampak apa Saiful buat. Penggunaan benih dari jenis sayuran yang baik dan tepat menguntungkan dari segi berat dan saiz sayuran. Oleh sebb itu input sebelum membuat perniaggan sangat penting. Info yang meluas banyak menbantu. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih sekali lagi utk Tuan Zero Kredit kita. Tak banyak gambar saya amik ari tuu.. ader skit-2 utk di kongsi.


antara batas kangkung yang sedia di tuai
bendi yang sudah menunjuk taring

inilah En Saiful.. sentiasa memberi tip yg berguna

partner yg siap sedia utk memulakan business
ajai antara pengunjung ke ladang sayur

Monday, February 25, 2008

Wonderful Perlis

latest 3hbMacdataran Kuala Perlis...
kuala sungai baru

Ini merupakan posting yang tak der kait ngn ngn cendawan. Tapi posting nie hasil dari kerjatangan office saya, En. Affarizairul. Dia minat betul ngan panorama di Perlis ni. Lagi pun cantik. Ni ader beberapa pandangan yang menarik utk dia kongsi.. kalau nak lebih lanjut boleh lerr ke photos/affacino




Kuala Kurung Tengar..sunset

Kurung Kurung Tengar

kurung batang

kurung batang
Medan Ikan Bakar K.Perlis
Medan Ikan Bakar K.Perlis
Kuala Perlis Sunset
Chuping, Ladang Tebu
Susur Keluar Ladang Tebu

Monday, February 11, 2008

Balik Kampung


Hari yang berikut lepas buat asyura tu.. kami sekeluarga balik kampung pada 7hb. Kalau ikut hati mmg nak start project saya yang terkendala tu. Tapi abah mintak sesangat saya balik, katanya nak tgk cucu baru dia Arysha Damia (baby girl). Damia baru berusia 73 hari.. dia baru tgk sekali jerr hari ondaway balik kg sebelah wife saya. Takper la, esok2 masih ada. Tak elok bertangguh tapi apa kan daya. Family first. Alang-alang balik kg, tak sah kalau saya tak g mandi kat lata ni... Lata Pecah Batu,dekat jer ngn kampung saya Changkat Ibul, Taiping. Sesekali mmg best, berendam sakan saya ngan anak2. Afiq sampai biru mulut tahan kesejukan. Saya ni update blog banyak benda luar pasal cendawan.. eke eke... tak per laaa.. saja nak abadikan semua ni kat sini. eke eke... family pun penting jugak!!

Arisya Damia budak 6.4 kg
afiq di dukung oleh Tok
ajai posing atas batu ngn tok
sejuk mata memandang
sebelum balik amik gambar dari jambatan..
dah bersiap nak balik

Asyura


Nampak gaya.. cuti saya banyak betul aktiviti luaran. Salah satunya yang ni kacau Bubur Asyura. Nie aktiviti tahunan kami jiran-jiran kat sini. Cam biasa yang amik bahagian mesti larr keluarga Pakcik Omaq ( Tekong) , Abng Zul, En. Razak, Abng Di,Pak cik mat not dan saya. Kami semua sepakat nak buat gotong royong ni alar kadar jerr... Majlis kami ni simple jerr ader minum pagi dan makan tgh hari. Kerja kerja planning selalu serah kat otai2 cam Pakcik Omaq, bahagian siang menyiang geng pompuan dan kacau sampai nak terbalik kawah geng pelapis cam saya dan razak. he he... yang best nya kalau himpun ramai2 ni.. ader jerr cerita2, teka teki yang mmg tak putus air liur sampai bederai ayaq mata. Ye la kan.. nak kacau bubur 5 jam tanpa hiburan siksa gak tuu. Kami start kayuh dari pukul 9pagi sampai kul 2 petang... kalau sedap tuu saya lerr yang kacau. he he... cam mana pun aktiviti pakatan cam ni mmg best lar.. usik mngusik tuu biasa la... Rasa saya bertuah sangat ada jiran yang baik2. Penat jugak petang tu.. Satu talam utk yang bahagian saya dua ari jerr settle kami anak beranak makan.. he he..


kaum hawa tgh sediakan bahan2


geng adam kerja kacau ..otai planlelaki makan tgh hari dulu kaum hawa jaga kawah
giliran depa makan pulak...
makngah senduk bubur utk agihan sambil dibantu kak zah

semua 6 talam utk 6 peserta

Abg zul memperagakan udang galah (sponsor by kak rita) utk hidangan tgh hari
dah jadi lauk pun udang galah tadi...

Lawatan Ke Abi Agro

Pada 6hb Feb yang lepas saya bersama sorang lagi rakan kerja En. Nazri berkesempatan melawat sambil belajar ke Abi Agro yang mana pengurusnya En. Mohd Ashraf. Kunjungan kami sebenarnya ingin melihat lebih dekat lagi tanaman fertigasi yang beliau usahakan .Oleh kerana beliau sekarang terbabit dalam penanaman Rock Melon secara fertigasi di Jabatan Pertaniaan Bukit Temiang, kami diajak kelokasi tersebut untuk melihat sendiri tanaman beliau. Untuk butiran lanjut boleh le ke : http://mohdashraf.com/v1/?p=114
Saya amat kagum dengan kesungguhan beliau. Banyak jugak nasihat yang berguna untuk memajukan diri dalam industri ni, terutama cendawan. Thanks En. Ashraf. Saya tak balik tangan kosong hari tu.

rock melon yang hampir sebulan usia
lumayan -satu pokok menghasilkan purata 2kg berat buah


dari kanan: En. Ashraf, En. nazri melihat kawasan projek


Wednesday, February 6, 2008

Tip Dari Forum Pertanian

Ini ada sedikit tip yang saya petik dari http://forumpertanian.8.forumer.com/viewtopic.php?t=23 . Moga ada sedikit panduan utk kita semua...


Persediaan bagi memulakan projek cendawan
1. Minat dan pengetahuan mengenai teknologi

● mempunyai minat dalam penanaman cendawan
● tahu teknologi terkini
● tahu jenis cendawan yang hendak ditanam
● tahu keperluan asas jenis cendawan yang hendak ditanam

2. Tapak/ Lokasi Projek
● pastikan di mana lokasi projek yang sesuai
● keperluan bangunan
● maklumkan kepada pejabat Pertanian Daerah terdekat

3. Pembekal peralatan dan bahan
● Pastikan peralatan dan bahaya yang perlu
● Dapatkan senarai pembekal yang terdekat

4. Sumber kewangan
● Kewangan penting untuk membangunkan projek
● Modal sendiri atau perlukan pinjaman
● Ambil tahu dan ambil peluang insentif kerajaan.

5. Pemasaran
● Kaji keperluan dan permintaan cendawan semasa
● Dapatkan saluran pemasaran yang termudah
● Fikirkan bidang industri asas tani untuk cendawan yang ditanam.

Jenis-jenis cendawan yang ditanam di negara ini
Jenis Nama saintifik Tiram kelabu Pleurotus sajor-caju

Tiram putih Pleurotus florida Abalone Pleurotus cystidiosus
Telinga kera Auricularia polytrichia
Jerami padi Volvariella licidum Ling zhi Ganoderma licidum
Tiram kuning Pleurotus citronipileatus
Tiram biru Pleurotus lungaria
Tiram merah jambu Pleurotus flabellatus
Cendawan bunga kubis Hericium erinceus
Perut lembu Clitocybe sp
Cendawan kukur Schizophyllum sp /sisik/ kerang
Cendawan berangan Agrocybe sp
Cendawan peha ayam Coprinus sp Shiitake Lentinus edodes
Cendawan butang Agaricus bisporus Jarum Mas Flammulina velutipes

Akiviti utama teknik penanaman cendawan
1. Menyediakan beg media cendawan

2. Mengukus beg media cendawan
3. Menyuntik benih
4. Eraman beg media cendawan
5. Memungut hasil
6. Pengendalian lepas tuai
7. Pemasaran