Tuesday, February 26, 2008

Lawatan Ke Ladang Sayur Mega Samudera

Ehem... hujung lepas ari Ahad saya berkesempatan membuat lawatan ke ladang sayur kepunyaan En. Zero Kredit ( En. Saiful). Perancangan awal, sepatutnya kami datang lebih awal seminggu tapi partner saya ader prob lak. So minggu ni, saya tak leh lagi buang peluang ke emasan ni lagi. Kami bukan berdua jer.. tapi ngn tentera saya yang dua orng tu sekali Ajai ngn Afiq. Biasalah kalau dah bawak bebudak nie paham2 jer laaa.. mesti tak larat nak kepong. Kei lah... janji temu kami kul 11, so lepas jumpa di pekan kodiang kami terus ke ladang sayur yang terletak kat bt 5 jalan kodiang-Changloon. Sampai ke destinasi, terkejut jugak saya.. besaq jugak kawasan perusahan Tuan Zero Kredit kita. Kawasan dia pun bukan payah sangat ke sana, sbb dekat jugak ngan jalan besar. Tapi tanpa panduan mau mencari jugak, nasib lar Saiful bermurah hati amik kami kat pekan kodiang sama-sama jalan ke ladang. Baiklah, cerita pasal ladang dia, projek dia dah nak masuk ke Fasa 2. Menurut Saiful, kawasan tuu tinggal nak buat pagar dan masuk kan benih jer. Untuk fasa 1, dah ada 24 batas sepanjang 20 meter tiap satu. Dan semua batas ini di isi dengan kangkung, kailan,sawi ( ada mcm2 jenis),kacang panjang,bayam,bendi dan ada benih cili yang dah dua bulan usia.Oleh sbb kerja di ladang makin bertambah, so belum sempat lagi nak di usahakan. Saya kagum tengk keberanian Saiful sebenarnya. Dia baru dlm bidang ni tapi berani membuat satu pelaburan yang besar. Ini yang di namakan business man. Pertanian tanpa perniagaan, itu namanya pertanian untk makan, bukan cari makan. Managment dia pun nampak kemas dengan adanya supporting dan plan marketing yang baik. Saya nak ucapkan beribu-2 terima kasih yang tak terhingga utk tips2 yang berguna, dari membuat saliran sampai ke marketing. Sebagai contoh utk dikongsi, teknik mendapatkan aliran tunai dngn cepat dgn menanam sayuran yang mempunyai kitaran yang cepat. Sebelum ni pun saya tak tahu kangkung tu ader banyak jenis. Kreativiti pun penting jugak dlm pertaniaan ni. Itu yang saya nampak apa Saiful buat. Penggunaan benih dari jenis sayuran yang baik dan tepat menguntungkan dari segi berat dan saiz sayuran. Oleh sebb itu input sebelum membuat perniaggan sangat penting. Info yang meluas banyak menbantu. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih sekali lagi utk Tuan Zero Kredit kita. Tak banyak gambar saya amik ari tuu.. ader skit-2 utk di kongsi.


antara batas kangkung yang sedia di tuai
bendi yang sudah menunjuk taring

inilah En Saiful.. sentiasa memberi tip yg berguna

partner yg siap sedia utk memulakan business
ajai antara pengunjung ke ladang sayur

1 comment:

Siraj said...

Hi, saya ada menyediakan baja vermicompost yang berpatutan harganya dan agak murah berbanding dengan pasaran Malaysia. Tambahan pulak baja ni memang khas utk tanaman sayuran. Sekiranya berminat, boleh lah menghubungi saya, Din : 019-4762661.

Terima kasih.