Tuesday, March 11, 2008

Angkasawan Dan Stigma

Lama dah Dr Muzaffar turun ke bumi lepas menjelajah ISS lebih kurang 10 hari. Kejayaan Malaysia menghantar wakil mmg patut dibanggakan. Walaupun misi ini bukanlah untuk Malaysia, kejayaan sebenarnya ialah mengubah stigma dan paradigma kita semua umumnya kanak-kanak. Semalam saya saja main2 ngan anak-anak saya, sambil bergurau saya cakap kat anaksaya yang no 2 tu. "Nanti adik besar jadi angkasawan yer.. buleh naik ke angkasa pas tuu p bulan".Saya tahu mmg dia tak paham pun, apa itu angkasawan, angkasa yang dia tau bulan jer. Eke eke.. nie bukan nak promote politician... perkataan sensitif tu... Ye lah. Lepas jer cakap cam tuu.. Perkataaan angkasawan tuu terus lekat kat bibir dia... "Adik nak jadi angka-kawan".. kelakar betul angkasawan jadi angka-kawan. Kat semua orng dia cakap nak jadi angkasawan. Kat mama dia, kat along, kat opah.. Disebalik kelakar tuu saya terpikir lak, itulah sebenarnya kejayaan Malaysia yang sebenarnya. Kalau nak dikira projek saintis tu, mungkin bukan semua mendapat manfaatnya. Tapi kejayaan mengubah minda manusia itu lebih besar ertinya. Saya tak mengharapkan kejayaan manusia ke bulan, sbb kejayaan dibumi pun belum manusia jelajahi. Tapi itu bukan satu kesalahan. Ilmu itu di mana2. Bagi seorang bapa seperti saya, adalah amat gembira kalau sesuatu kejayaan dicapai oleh anak2, walaupun proses yang biasa seperti boleh berjalan apatah lagi bercakap. Berbalik kisah angkasawan tadi, kalau dulu saya masa darjah satu dulu nak jadi askar, pilihan kedua nak jadi polis. Pada tahun 80an, yang paling hebat pun nak jadi jurutera. Itu pun saya tak tau apa itu jurutera. Ada satu kawan saya, cita-cita nak jadi kerajaan pun ada. Mungkin kanak-kanak masa tu belum terdedah pada satu pembaharuan. Alhamdullillah, paradigma yang sentiasa berubah pada perenggan usia, sehinggalah muncul angkasawan malaysia.

2 comments:

Mohd Ashraf said...

a'kum
Macam mana perkembangan cendawan?
Lama tak update blog ni

Mohd Ashraf said...

Sibuk ke? :D