Tuesday, March 11, 2008

Angkasawan Dan Stigma

Lama dah Dr Muzaffar turun ke bumi lepas menjelajah ISS lebih kurang 10 hari. Kejayaan Malaysia menghantar wakil mmg patut dibanggakan. Walaupun misi ini bukanlah untuk Malaysia, kejayaan sebenarnya ialah mengubah stigma dan paradigma kita semua umumnya kanak-kanak. Semalam saya saja main2 ngan anak-anak saya, sambil bergurau saya cakap kat anaksaya yang no 2 tu. "Nanti adik besar jadi angkasawan yer.. buleh naik ke angkasa pas tuu p bulan".Saya tahu mmg dia tak paham pun, apa itu angkasawan, angkasa yang dia tau bulan jer. Eke eke.. nie bukan nak promote politician... perkataan sensitif tu... Ye lah. Lepas jer cakap cam tuu.. Perkataaan angkasawan tuu terus lekat kat bibir dia... "Adik nak jadi angka-kawan".. kelakar betul angkasawan jadi angka-kawan. Kat semua orng dia cakap nak jadi angkasawan. Kat mama dia, kat along, kat opah.. Disebalik kelakar tuu saya terpikir lak, itulah sebenarnya kejayaan Malaysia yang sebenarnya. Kalau nak dikira projek saintis tu, mungkin bukan semua mendapat manfaatnya. Tapi kejayaan mengubah minda manusia itu lebih besar ertinya. Saya tak mengharapkan kejayaan manusia ke bulan, sbb kejayaan dibumi pun belum manusia jelajahi. Tapi itu bukan satu kesalahan. Ilmu itu di mana2. Bagi seorang bapa seperti saya, adalah amat gembira kalau sesuatu kejayaan dicapai oleh anak2, walaupun proses yang biasa seperti boleh berjalan apatah lagi bercakap. Berbalik kisah angkasawan tadi, kalau dulu saya masa darjah satu dulu nak jadi askar, pilihan kedua nak jadi polis. Pada tahun 80an, yang paling hebat pun nak jadi jurutera. Itu pun saya tak tau apa itu jurutera. Ada satu kawan saya, cita-cita nak jadi kerajaan pun ada. Mungkin kanak-kanak masa tu belum terdedah pada satu pembaharuan. Alhamdullillah, paradigma yang sentiasa berubah pada perenggan usia, sehinggalah muncul angkasawan malaysia.

Monday, March 10, 2008

PENDAYUNG SAMPAN

saya suka lawak nie.. lite tapi penuh maksud..

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan
50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan...

Friday, March 7, 2008

Kursus Cendawan

Kepada kawan2 yang sedang mencari kursus bagi penanaman boleh lerr memilih kursus yang ditawarkan di bawah....







Monday, March 3, 2008

Ikan Bakaq

Hari minggu yang ceria. Ehem... dari bulan lepas lagi kami jiran2 sepakat nak buat satu acara barbekue. Tarikh sebenarnya 8 Mac nanti. Nak ikut tu masa ari ngundi larr.. rilek2 sambil tungu result PRU12. Tapi nampak gayanya terpaksa di awalkan sebb saya ngn family nak kena hadiri perkahwinan abng ipar. So saya mintak semua cepatkan ke tarikh semalam 2 hb. semua orng setuju. Alhamdullilah. Itu yang best jiran2 saya ni.. sporting habis. Cam biasa ahli kami, Abg Zul, Pak cik Omaq, Pakcik Mat Not dan En Razak sama2 bahagikan tugas. Tugas saya cari bahan untuk dibakar. Yang senang dan mudah ikan je jawab nya. Antara yang saya shopping ari tu, ikan siakap,ikan gerut,ikan kembong,udang,sotong dan mentarang. Semua sekali baru RM150. dah lepas beli tuu, sampai je kat rumah dia orng dah tunggu utk proses cuci. Abg Zul, Razak ngn pak cik mat not proses ikan sampai bersih. Pas tuu perap ikan dalam peti ais. Kari lak Mak ngah yang sediakan. Menu utama mestilah ikan bakar, kari tuu buat kuah jer. Supplement cam sambal, ulam, agar-2 pakat bawak. Nasi pun sama. Selalunya macam nie la.. pakat2 bawak ala ala port luck he he... orang2 lama nie masak sedap macam mak masak, mmg bukak selera. Saya sediakan tempat jer.. memandang kan rumah cendawan belum digunakan lagi. Kita orang standby kat tepi tuu jer incase kalau hujan pakat2 masuk bangsal tuu la. Tapi alhamdullilah, cuaca malam tuu baik tak mcm malam2 lepas.. hujan dari petang sampai pagi. Kul 8 cam tuu pakcik dah start buat bara api. Kat 8 kilo arang jugak kena burn.Sampai part bakar, mula2 ikan besaq dulu, sbb nanti lambat masak pulak. Pas tuu sotong, udang dan mentarang. Pernah makan mentarang tak? mentarang tuu siput laut. Sedap!!! betul . Isi dia manis. Banyak jugak kami bakar semalam. Paling saya suka ikan kembung tu. Amboi ratah sakan. Ingatkan ada lebih. Eke eke.. rupanya ngam2 badget saya. Seronok tengok semua orng happy sambil layan makan. Anak2 saya jgn cakap ler. Dari preparation sampai last tak abis2 buat kacau. Letih mengepung sama banyak dengan bakar ikan. Lebih kurang kul 10.30 mlm, semua gotong royong cuci tempat. Thanks bebanyak kat semua jiran saya, kerana sama memberi komitmen menjayakan acara yang tak seberapa ini. Harap nanti2 buleh konduct lagi.. he he


Tuesday, February 26, 2008

Lawatan Ke Ladang Sayur Mega Samudera

Ehem... hujung lepas ari Ahad saya berkesempatan membuat lawatan ke ladang sayur kepunyaan En. Zero Kredit ( En. Saiful). Perancangan awal, sepatutnya kami datang lebih awal seminggu tapi partner saya ader prob lak. So minggu ni, saya tak leh lagi buang peluang ke emasan ni lagi. Kami bukan berdua jer.. tapi ngn tentera saya yang dua orng tu sekali Ajai ngn Afiq. Biasalah kalau dah bawak bebudak nie paham2 jer laaa.. mesti tak larat nak kepong. Kei lah... janji temu kami kul 11, so lepas jumpa di pekan kodiang kami terus ke ladang sayur yang terletak kat bt 5 jalan kodiang-Changloon. Sampai ke destinasi, terkejut jugak saya.. besaq jugak kawasan perusahan Tuan Zero Kredit kita. Kawasan dia pun bukan payah sangat ke sana, sbb dekat jugak ngan jalan besar. Tapi tanpa panduan mau mencari jugak, nasib lar Saiful bermurah hati amik kami kat pekan kodiang sama-sama jalan ke ladang. Baiklah, cerita pasal ladang dia, projek dia dah nak masuk ke Fasa 2. Menurut Saiful, kawasan tuu tinggal nak buat pagar dan masuk kan benih jer. Untuk fasa 1, dah ada 24 batas sepanjang 20 meter tiap satu. Dan semua batas ini di isi dengan kangkung, kailan,sawi ( ada mcm2 jenis),kacang panjang,bayam,bendi dan ada benih cili yang dah dua bulan usia.Oleh sbb kerja di ladang makin bertambah, so belum sempat lagi nak di usahakan. Saya kagum tengk keberanian Saiful sebenarnya. Dia baru dlm bidang ni tapi berani membuat satu pelaburan yang besar. Ini yang di namakan business man. Pertanian tanpa perniagaan, itu namanya pertanian untk makan, bukan cari makan. Managment dia pun nampak kemas dengan adanya supporting dan plan marketing yang baik. Saya nak ucapkan beribu-2 terima kasih yang tak terhingga utk tips2 yang berguna, dari membuat saliran sampai ke marketing. Sebagai contoh utk dikongsi, teknik mendapatkan aliran tunai dngn cepat dgn menanam sayuran yang mempunyai kitaran yang cepat. Sebelum ni pun saya tak tahu kangkung tu ader banyak jenis. Kreativiti pun penting jugak dlm pertaniaan ni. Itu yang saya nampak apa Saiful buat. Penggunaan benih dari jenis sayuran yang baik dan tepat menguntungkan dari segi berat dan saiz sayuran. Oleh sebb itu input sebelum membuat perniaggan sangat penting. Info yang meluas banyak menbantu. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih sekali lagi utk Tuan Zero Kredit kita. Tak banyak gambar saya amik ari tuu.. ader skit-2 utk di kongsi.


antara batas kangkung yang sedia di tuai
bendi yang sudah menunjuk taring

inilah En Saiful.. sentiasa memberi tip yg berguna

partner yg siap sedia utk memulakan business
ajai antara pengunjung ke ladang sayur

Monday, February 25, 2008

Wonderful Perlis

latest 3hbMacdataran Kuala Perlis...
kuala sungai baru

Ini merupakan posting yang tak der kait ngn ngn cendawan. Tapi posting nie hasil dari kerjatangan office saya, En. Affarizairul. Dia minat betul ngan panorama di Perlis ni. Lagi pun cantik. Ni ader beberapa pandangan yang menarik utk dia kongsi.. kalau nak lebih lanjut boleh lerr ke photos/affacino




Kuala Kurung Tengar..sunset

Kurung Kurung Tengar

kurung batang

kurung batang
Medan Ikan Bakar K.Perlis
Medan Ikan Bakar K.Perlis
Kuala Perlis Sunset
Chuping, Ladang Tebu
Susur Keluar Ladang Tebu

Monday, February 11, 2008

Balik Kampung


Hari yang berikut lepas buat asyura tu.. kami sekeluarga balik kampung pada 7hb. Kalau ikut hati mmg nak start project saya yang terkendala tu. Tapi abah mintak sesangat saya balik, katanya nak tgk cucu baru dia Arysha Damia (baby girl). Damia baru berusia 73 hari.. dia baru tgk sekali jerr hari ondaway balik kg sebelah wife saya. Takper la, esok2 masih ada. Tak elok bertangguh tapi apa kan daya. Family first. Alang-alang balik kg, tak sah kalau saya tak g mandi kat lata ni... Lata Pecah Batu,dekat jer ngn kampung saya Changkat Ibul, Taiping. Sesekali mmg best, berendam sakan saya ngan anak2. Afiq sampai biru mulut tahan kesejukan. Saya ni update blog banyak benda luar pasal cendawan.. eke eke... tak per laaa.. saja nak abadikan semua ni kat sini. eke eke... family pun penting jugak!!

Arisya Damia budak 6.4 kg
afiq di dukung oleh Tok
ajai posing atas batu ngn tok
sejuk mata memandang
sebelum balik amik gambar dari jambatan..
dah bersiap nak balik